SUMBANGAN DERMA BAGI TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT GAZA
| AdminPelambayan
Alhamdullilah, Majlis Perundingan Kampong Pelambayan melalui Aktiviti Walkaton Amal telah berjaya mengumpulkan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Gaza serta Tabung Sosial dan Kebudayaan MPKP. Kutipan derma telah bermula pada 27 Januari dan sehingga pada 31 Januari 2013. Tabung tersebut telah dibuka dan dikira didalam Mesyuarat pertama Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Pelambayan yang telah bersidang pada bulan 18 Februari 2013.
Kutipan derma tersebut telah dibahagikan kepada dua dan sejumlah $303.50 (Tiga Ratus Tiga Ringgit dan Lima Puluh Sen) disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Gaza. Sumbangan derma telah diserahkan sendiri oleh Ketua Kampong Pelambayan, Awang Haji Hanipah bin BPUK Haji Junit pada 19 Februari 2013.
Dengan adanya kutipan ini diharapkan agar dapat membantu
meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa penduduk di
wilayah Gaza disamping memupuk sifat keperimanusiaan dan perihatin terhadap
saudara seagama kita yang di timpa musibah.
Tags: Aktiviti, Berita dan Rencana, Walkaton |
KERATAN AKHBAR PELITA BRUNEI (ONLINE)
| AdminPelambayan
Tags: Aktiviti, Berita dan Rencana, Walkaton |
KERATAN AKHBAR THE BRUNEI TIMES (ONLINE)
| AdminPelambayan
Dengan hormat merujuk pada akhbar tempatan The Brunei Times bertarikh Isnin, 28 Januari 2013, mukasurat A7 (National | News), adalah dimaklumkan bahawa alamat laman web yang di nyatakan di dalam akhbar berkenaan adalah salah. Alamat yang betul bagi melayari laman web Kampong Pelambayan ialah:
http://kg-pelambayan.blogspot.com
Tags: Aktiviti, Berita dan Rencana, Pemberitahuan MPKP, Walkaton |
PERASMIAN LAMAN SESAWANG (WEBSITE) KAMPONG PELAMBAYAN
| AdminPelambayan
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Roselan bin Haji Daud, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri yang telah berkesudian untuk merasmikan laman web ini dan kepada semua yang turut terlibat.
Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha kita. Insha Allah
Ikhlas daripada
Majlis Perundingan Kampong Pelambayan
Pengenalan
Laman
web http://kg-pelambayan.blogspot.com telah dibuat pada tahun 2009 dan
pengemaskiniannya telah terhenti semenjak tahun 2011 memandangkan kepada
beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun,
pengemaskinian laman web ini akan diteruskan semula pada tahun ini
sebagai salah satu cara pemberigaan kepada orang ramai mengenai dengan
aktiviti, acara atau yang berkaitan dengan Kampung ini.
Perasmian laman web ini disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Roselan bin Haji Daud, Setiausaha Tetap, di Jabatan Perdana Menteri
semasa aktiviti Walkaton Amal bagi mengutip Derma mangsa Gaza dan
menambang Tabung Sosial dan Kebudayaan Majlis Perundingan Kampong
Pelambayan pada hari Ahad, 15 Rabiulawal 1434 bersamaan dengan 29
Januari 2013.
Laman Utama
Gambar diatas menunjukkan Page Header yang turut memaparkan
maklumat aktiviti, sambungan ke halaman galeri, MPKP (Majlis Perundingan
Kampong Pelambayan, Kalendar Aktiviti, Produk Kampung dan maklumat
perhubungan.
Maklumbalas
Turut disediakan di laman web ini pautan menuju ke halaman maklumbalas (feedback form) yang merupakan salah satu cara perhubungan dan bagi MPKP menerima maklumbalas daripada orang ramai.
Untuk
makluman bersama, MPKP telah menerima beberapa maklumbalas sejak dari
mula ianya dibuat. MPKP juga ada menerima pujian mengenai keindahan
Negara Brunei Darussalam dari negara jiran.
Lain-lain
Bagi
mengetahui kedudukan dan maklumat mengenai kampung ini, peta dan
beberapa pautan berkaitan juga turut disediakan bagi kemudahan
pencarian.
Tags: Laman Web, MPMK, Penghargaan, Perasmian |
MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W
| AdminPelambayan
Selamat
menyambut Maulud Nabi Muhammad S.A.W. khusus kepada penduduk Kampong Pelambayan.
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
[HR
An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Ikhas Dari
AdminPelambayan
AdminPelambayan
Tags: Maulud Nabi |
SURAT PEMBERITAHUAN MPKP BIL: 02/2013
| AdminPelambayan
Kepada
Penduduk-Penduduk Kampong Pelambayan
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
WALKATON
AMAL BAGI MENGUTIP DERMA MANGSA GAZA, MENAMBAH TABUNG SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG PELAMBAYAN SERTA PERASMIAN LAMAN SESAWANG (WEBSITE)
KAMPONG PELAMBAYAN
Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perundingan
Kampong Pelambayan akan mengadakan acara seperti yang tersebut diatas pada:
Tarikh: Hari Ahad, 15 Safar 1434 / 27 Januari
2013
Jam: 6.30 pagi
Tempat: Rumah Ketua Kampung
Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan dan menjayakan acara ini,
sukacita menjemput penduduk-penduduk Kampong untuk hadir dan ikut serta pada
tarikh dan waktu yang di tetapkan diatas. Untuk makluman acara pada pagi itu
juga akan diselajurkan dengan perasmian laman sesawang (website) bagi Kampung
ini.
Penduduk-Penduduk Kampung yang ingin menghulurkan sumbangan
seangkat-angkat hati bolehlah menyerahkan kepada Ketua Kampung Pelambayan tidak lewat hari Khamis, 31 Januari 2013.
Aturcara
6.30 pagi
Penduduk-penduduk
Kampong dan Jemputan hadir
7.00 pagi - selesai
Kehadiran
Tetamu Kehormat
Bacaan Surah
Al-Fatihah
Acara Senam Aerobik
Acara Walkaton di
mulai dari perkarangan rumah Ketua Kampong Pelambayan menuju ke Makam Sultan
Sharif Ali dan berpatah balik menuju ke rumah Ketua Kampong Pelambayan
Perasmian Laman
Sesawang (Website) Kampong Pelambayan
Bacaan Doa Selamat
Menikmati Jamuan
Majlis
Bersurai
Sekian disampaikan untuk makluman dan semoga amal kebajikan yang kita
lakukan akan mendapat pahala yang berlipat ganda daripadaNya jua.
Ruj: (2)/MPKP/1:6 bertarikh 29 Safar 1434 / 17 Januari 2013
Tags: Aktiviti, Pemberitahuan MPKP |
ETIKA-ETIKA MENYAMBUT MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W.
| AdminPelambayan
Untuk
menjaga agar Sambutan Maulud Nabi tidak lari dari ajaran agama
yang benar, sebaiknya perlu diikuti etika-etika berikut:
1. Mengisi dengan bacaan-bacaan Selawat kepada Rasulullah SAW.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
"Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang
yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya"
[Al-Ahzab:56]
2. Berzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah.
Syekh Husnayn Makhluf berkata:
"Sambutan Maulid harus dilakukan dengan berzikir kepada Allah SWT, mensyukuri
kenikmatan Allah SWT atas kelahiran Rasulullah SAW, dan dilakukan dengan
cara yang sopan, khusyu' serta jauh dari hal-hal yang diharamkan dan
bid'ah yang munkar".
[Fatwa Syar'iyyah - Juz 1, Ms 131]
[Fatwa Syar'iyyah - Juz 1, Ms 131]
3. Membaca sejarah Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kebaikan-kebaikan dan keutamaan-keutamaan beliau.
4. Memberi sedekah kepada yang memerlukan atau fakir miskin.
5. Meningkatkan Silaturrahim.
6. Menunjukkan rasa gembira dan bahagia dengan merasakan serta membayangkan kehadiran Rasulullah S.A.W. di tengah-tengah kita.
7. Mengadakan ceramah atau majlis ilmu yang berisi anjuran untuk kebaikan, mencontohi dan meneladani sifat-sifat Rasulullah S.A.W.
Tags: Maulud Nabi |
Subscribe to:
Posts (Atom)