Aktiviti akan datang!

Kejohanan Ping Pong bagi Penduduk Kampong Pelambayan kali ke-4
seterusnya...

SUMBANGAN DERMA BAGI TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT GAZA

| AdminPelambayan

Alhamdullilah, Majlis Perundingan Kampong Pelambayan melalui Aktiviti Walkaton Amal telah berjaya mengumpulkan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Gaza serta Tabung Sosial dan Kebudayaan MPKP. Kutipan derma telah bermula pada 27 Januari dan sehingga pada 31 Januari 2013. Tabung tersebut telah dibuka dan dikira didalam Mesyuarat pertama Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Pelambayan yang telah bersidang pada bulan 18 Februari 2013.

Kutipan derma tersebut telah dibahagikan kepada dua dan sejumlah $303.50 (Tiga Ratus Tiga Ringgit dan Lima Puluh Sen) disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Gaza. Sumbangan derma telah diserahkan sendiri oleh Ketua Kampong Pelambayan, Awang Haji Hanipah bin BPUK Haji Junit pada 19 Februari 2013. 

Dengan adanya kutipan ini diharapkan agar dapat membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa penduduk di wilayah Gaza disamping memupuk sifat keperimanusiaan dan perihatin terhadap saudara seagama kita yang di timpa musibah.

Tags: , , |