MASJID KAMPONG PELAMBAYAN
| AdminPelambayan
Menyingkap sejarah penubuhan Masjid Kampong Pelambayan
Masjid Kampong Pelambayan terletak kira-kira 6km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 22hb. September, 1983 di atas tapak tanah seluas 0.75 ekar dan siap pada bulan Februari 1984 dengan perbelanjaan sebanyak $450,000.00.Masjid ini dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Paduka Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Seri Diraja Haji Awang Mohd. Yusof, Pengarah Kebajikan, Belia dan Sukan (1984) pada Hari Jumaat, 19 Rajab 1404 bersamaan dengan 20 April 1984. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 600 orang jemaah.
Sumber maklumat dari Kementerian Hal Ehwal Ugama