Aktiviti akan datang!

Kejohanan Ping Pong bagi Penduduk Kampong Pelambayan kali ke-4
seterusnya...

SAMBUTAN PERAYAAN BERMULA

| AdminPelambayan



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Upacara menaikkan Bendera Besar Negara Brunei menandakan bermulanya Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-64, berlangsung dengan penuh adat di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir menyempurnakan upacara penyerahan bendera besar ialah Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Sultan ke-64, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz Pengiran Haji Abu Bakar.

Hadir sama ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Sultan ke-64, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Badaruddin Haji Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-64, Pehin Dato Paduka Seri Haji Halbi Haji Md Yussof.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan diikuti dengan pasukan seramai 64 orang pembawa Bendera Negara bergerak masuk yang terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Penjara yang diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei.

Majlis diteruskan dengan Tentera Laut Diraja Brunei bergerak masuk bagi Upacara Menaikkan Bendera Besar yang berukuran 3.7 meter x 7.3 meter yang disempurnakan oleh Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah kepada ketua anggota pasukan menaikkan bendera.

Petikan dari Media Permata Online oleh Sim Y.H., Jumaat 2 Julai 2010

Tags: |