SURAT PEMBERITAHUAN MPKP BIL: 02/2013
| AdminPelambayan
Kepada
Penduduk-Penduduk Kampong Pelambayan
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
WALKATON
AMAL BAGI MENGUTIP DERMA MANGSA GAZA, MENAMBAH TABUNG SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG PELAMBAYAN SERTA PERASMIAN LAMAN SESAWANG (WEBSITE)
KAMPONG PELAMBAYAN
Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perundingan
Kampong Pelambayan akan mengadakan acara seperti yang tersebut diatas pada:
Tarikh: Hari Ahad, 15 Safar 1434 / 27 Januari
2013
Jam: 6.30 pagi
Tempat: Rumah Ketua Kampung
Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan dan menjayakan acara ini,
sukacita menjemput penduduk-penduduk Kampong untuk hadir dan ikut serta pada
tarikh dan waktu yang di tetapkan diatas. Untuk makluman acara pada pagi itu
juga akan diselajurkan dengan perasmian laman sesawang (website) bagi Kampung
ini.
Penduduk-Penduduk Kampung yang ingin menghulurkan sumbangan
seangkat-angkat hati bolehlah menyerahkan kepada Ketua Kampung Pelambayan tidak lewat hari Khamis, 31 Januari 2013.
Aturcara
6.30 pagi
Penduduk-penduduk
Kampong dan Jemputan hadir
7.00 pagi - selesai
Kehadiran
Tetamu Kehormat
Bacaan Surah
Al-Fatihah
Acara Senam Aerobik
Acara Walkaton di
mulai dari perkarangan rumah Ketua Kampong Pelambayan menuju ke Makam Sultan
Sharif Ali dan berpatah balik menuju ke rumah Ketua Kampong Pelambayan
Perasmian Laman
Sesawang (Website) Kampong Pelambayan
Bacaan Doa Selamat
Menikmati Jamuan
Majlis
Bersurai
Sekian disampaikan untuk makluman dan semoga amal kebajikan yang kita
lakukan akan mendapat pahala yang berlipat ganda daripadaNya jua.
Ruj: (2)/MPKP/1:6 bertarikh 29 Safar 1434 / 17 Januari 2013
Tags: Aktiviti, Pemberitahuan MPKP |
ETIKA-ETIKA MENYAMBUT MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W.
| AdminPelambayan
Untuk
menjaga agar Sambutan Maulud Nabi tidak lari dari ajaran agama
yang benar, sebaiknya perlu diikuti etika-etika berikut:
1. Mengisi dengan bacaan-bacaan Selawat kepada Rasulullah SAW.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
"Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang
yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya"
[Al-Ahzab:56]
2. Berzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah.
Syekh Husnayn Makhluf berkata:
"Sambutan Maulid harus dilakukan dengan berzikir kepada Allah SWT, mensyukuri
kenikmatan Allah SWT atas kelahiran Rasulullah SAW, dan dilakukan dengan
cara yang sopan, khusyu' serta jauh dari hal-hal yang diharamkan dan
bid'ah yang munkar".
[Fatwa Syar'iyyah - Juz 1, Ms 131]
[Fatwa Syar'iyyah - Juz 1, Ms 131]
3. Membaca sejarah Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kebaikan-kebaikan dan keutamaan-keutamaan beliau.
4. Memberi sedekah kepada yang memerlukan atau fakir miskin.
5. Meningkatkan Silaturrahim.
6. Menunjukkan rasa gembira dan bahagia dengan merasakan serta membayangkan kehadiran Rasulullah S.A.W. di tengah-tengah kita.
7. Mengadakan ceramah atau majlis ilmu yang berisi anjuran untuk kebaikan, mencontohi dan meneladani sifat-sifat Rasulullah S.A.W.
Tags: Maulud Nabi |
MAKLUMAN PEMBAIKAN
| AdminPelambayan
ADMIN PELAMBAYAN INGIN MEMOHON MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. LAMAN WEB PADA MASA INI MASIH DALAM PROSES PEMBAIKAN DAN AKAN DIKEMASKINIKAN DALAM WAKTU TERDEKAT.
PADA KESEMPATAN INI JUGA PIHAK ADMIN INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN UNTUK MELAWATI LAMAN WEB INI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Tags: Makluman |
WALKATON DAN JUALAN AMAL
| AdminPelambayan
Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Majlis Perundingan Kampung Pelambayan akan mengadakan aktiviti Jualan Amal yang akan diadakan selama 6 hari mulai Ahad, 5 Jun 2011 hingga Jumaat, 10 Jun 2011.
Disamping Jualan Amal, acara Waklaton juga akan diadakan iaitu pada hari Ahad, 5 Jun 2011 yang juga merupakan kesinambungan dari Acara Walkaton Bulanan yang telah dirasmikan sebelumnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti sampingan yang akan diadakan, bolehlah menghubungi terus kepada Ketua Kampung Pelambayan.
Sekian untuk makluman bersama. Wassalam
Aktiviti
Tags: Aktiviti, Jualan Amal, Makluman, Walkaton |
Subscribe to:
Posts (Atom)


