SUMBANGAN DERMA BAGI TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT GAZA
| AdminPelambayan
Tags: Aktiviti, Berita dan Rencana, Walkaton |
KERATAN AKHBAR PELITA BRUNEI (ONLINE)
| AdminPelambayan
Tags: Aktiviti, Berita dan Rencana, Walkaton |
KERATAN AKHBAR THE BRUNEI TIMES (ONLINE)
| AdminPelambayan
Dengan hormat merujuk pada akhbar tempatan The Brunei Times bertarikh Isnin, 28 Januari 2013, mukasurat A7 (National | News), adalah dimaklumkan bahawa alamat laman web yang di nyatakan di dalam akhbar berkenaan adalah salah. Alamat yang betul bagi melayari laman web Kampong Pelambayan ialah:
Tags: Aktiviti, Berita dan Rencana, Pemberitahuan MPKP, Walkaton |
PERASMIAN LAMAN SESAWANG (WEBSITE) KAMPONG PELAMBAYAN
| AdminPelambayan
Tags: Laman Web, MPMK, Penghargaan, Perasmian |
MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W
| AdminPelambayan
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
AdminPelambayan
Tags: Maulud Nabi |
SURAT PEMBERITAHUAN MPKP BIL: 02/2013
| AdminPelambayan
Tags: Aktiviti, Pemberitahuan MPKP |
ETIKA-ETIKA MENYAMBUT MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W.
| AdminPelambayan
1. Mengisi dengan bacaan-bacaan Selawat kepada Rasulullah SAW.
2. Berzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah.
[Fatwa Syar'iyyah - Juz 1, Ms 131]
Tags: Maulud Nabi |
MAKLUMAN PEMBAIKAN
| AdminPelambayan
ADMIN PELAMBAYAN INGIN MEMOHON MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. LAMAN WEB PADA MASA INI MASIH DALAM PROSES PEMBAIKAN DAN AKAN DIKEMASKINIKAN DALAM WAKTU TERDEKAT.
PADA KESEMPATAN INI JUGA PIHAK ADMIN INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN UNTUK MELAWATI LAMAN WEB INI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Tags: Makluman |
WALKATON DAN JUALAN AMAL
| AdminPelambayan
Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Majlis Perundingan Kampung Pelambayan akan mengadakan aktiviti Jualan Amal yang akan diadakan selama 6 hari mulai Ahad, 5 Jun 2011 hingga Jumaat, 10 Jun 2011.
Disamping Jualan Amal, acara Waklaton juga akan diadakan iaitu pada hari Ahad, 5 Jun 2011 yang juga merupakan kesinambungan dari Acara Walkaton Bulanan yang telah dirasmikan sebelumnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti sampingan yang akan diadakan, bolehlah menghubungi terus kepada Ketua Kampung Pelambayan.
Sekian untuk makluman bersama. Wassalam
Aktiviti
Tags: Aktiviti, Jualan Amal, Makluman, Walkaton |
MAJLIS PERASMIAN WALKATON BULANAN
| AdminPelambayan
Sukacita menjemput penduduk-penduduk Kampung Pelambayan untuk hadir ke Majlis Perasmian Walkaton Bulanan dengan Tema "Menuju Kearah Warga Yang Sihat" anjuran Majlis Perundingan Kampung Pelambayan pada jam dan tarikh dibawah;
Tarikh: Hari Ahad, 20 Jamadilawal 1432 bersamaan dengan 24 April 2011
Jam: 6.45 pagi
Tempat: Rumah Ketua Kampung, No 516 Spg 516
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kelebihan daripadanya. Amin.
Tags: Aktiviti, Makluman |
MAAL HIJRAH 1432
| AdminPelambayan
Selamat menyambut tahun baru 1432 hijrah kepada umat islam seluruh dunia khususnya kepada penduduk Kampong Pelambayan.
Ikhas Dari
AdminPelambayan
Tags: Tahun Baru |
HARI RAYA AIDILADHA 1431H
| AdminPelambayan

Ikhas Dari
AdminPelambayan
Tags: Eid Mubarak, Ibadah Haji, Ibadah Korban, Peristiwa |
IBADAH KORBAN DAN FADILATNYA
| AdminPelambayan
HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.
Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah ....."
Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.
Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antaranya ialah:
1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.
Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:
1. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.
2. Melahirkan sikap penyayang.
3. Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.
Namun demikian, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah agar ianya dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaannya dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.
Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...."
Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti.
Tags: Eid Mubarak, Ibadah Haji, Ibadah Korban, Renungan |
PENGENALAN IBADAH HAJI
| AdminPelambayan
Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang ke-5 ini. Walaupun ibadat haji ini hanya wajib bagi mereka yang mampu, namun kita sebagai orang Islam dan beriman wajib mempunyai niat dan keazaman untuk mengerjakannya kerana ia juga merupakan salah satu rukun Islam.
RINGKASAN HAJI
1. Pengertian Haji/Umrah Dan Bila Difardukan
Haji pada syarak mengunjungi Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Pengertian Umrah
Umrah pada syarak menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan tawaf dan saie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Bila Difardukan
Difardukan pada tahun lima hijrah, tetapi mula dilaksanakan oleh para sahabat dalam tahun ke 9 Hijrah dan Rasulullah s.a.w menunaikannya pada tahun ke 10 Hijrah yang dinamakan "Hajjatul Wada".
2. Dalil Wajib Haji Dan Umrah
Firman Allah bermaksud:"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun dari sekian makhluk)" Surah Al-Imran Ayat
Firman Allah bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" Surah Al-Baqarah Ayat 96
Firman Allah bermaksud: "Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu".
Maksud hadis dari Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Islam itu dibina di atas 5 perkara mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah"
Maksud hadis dari Saidina Ali R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda "Sesiapa yang memiliki harta benda dan kenderaan untuk menyampaikan ke Baitullah tetapi tidak mengerjakan haji maka bila ia mati akan menjadi sebagai Yahudi atau Nasrani".
3. Hikmah Dan Kelebihan Haji
Mendapat Balasan Syurga
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali syurga" Riwayat Bukhari dan Muslim
Diampunkan Dosa
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "sesiapa yang menunaikan haji dan tidak melakukan kefasikan ataupun perbuatan yang fasik akan diampunkan dosanya seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya".
Doa Dimakbulkan
Maksud sabda Rasulullah S.A.W., "Jemaah haji dan jemaah umrah adalah tetamu Allah. Doa-doa mereka dimakbulkan dan bila memohon keampunan diampunkan".
Mendapat Gandaan Pahala
Maksud sabda Rasulullah S.A.W, "Mengeluarkan perbelanjaan untuk menunaikan haji adalah sama seperti mengeluarkan perbelanjaan fisabillah 1 dirham itu diganda dengan 700 dirham".
4. Falsafah Haji
* Perhimpunan tahunan. Sebagai lambang perpaduan dan satu haluan umat Islam. Meraka bertemu bagi tujuan merapatkan hubungan dan bekerjasama dalam semua urusan harian.
* Manusia adalah sama di sisi Allah dengan tidak mengira samada raja, hamba atau kaya atau miskin. Allah hanya memandang kepada amalan dan ketakwaan.
* Mempelajari pengorbanan sepertimana yang berlaku dalam sirah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail.
* Mempelajari dari latihan menjaga pantang larang dalam Ihram sebagai contoh untuk dilaksanakan di dalam kehidupan seharian:-
* Buat perkara yang baik boleh mengundang berkat, buat perkara yang jahat boleh mengundang musibat.
* Buat perkara yang baik boleh mendapat rahmat, buat perkara yang jahat boleh mendapat laknat.
* Buat perkara yang baik boleh mendapat pahala, buat perkara yang jahat boleh mendapat dosa.
* Buat kerja yang baik bermakna buat kerja halal, buat kerja jahat bermakna buat kerja yang haram.
* Buat kerja yang baik adalah perbuatan maaruf, buat perkara yang jahat itu adalah perbuatan mungkar.
* Buat perkara yang baik bermakna buat perbuatan yang terpuji, buat perkara yang jahat bermakna buat perbuatan yang tercela.
* Buat perkara yang baik boleh menguntungkan, buat perkara yang jahat boleh merugikan.
* Buat perkara yang baik mendapat balasan syurga, buat perkara yang jahat balasannya neraka.
5. Kelebihan Tanah Suci Makkah
* Tempat bersejarah, tempat lahirnya Rasulullah S.A.W
* Tempat turunnya wahyu.
* Tempat menunaikan fardhu haji.
* Sabda Rasulullah S.A.W
* "Sesiapa yang meninggal di Makkah samada jemaah haji atau jemaah umrah tidak akan dikira atau ditanya dan ia akan dimasukkan di syurga"
* Dajjal tidak masuk Kota Suci Makkah.
6. Kelebihan Masjid Makkah
* Sembahyang berganda dengan gandaan 100,000 kali ganda.
* Adanya Baitullah di mana ganjaran pahala yang besar bila melakukan tawaf kelilingnya.
* Kiblat umat Islam seruluh dunia bertuju arah semasa sembahyang.
* Ada tempat-tempat mustajab seperti Multazam, Hijir Ismail dan maqam Ibrahim.
7. Kelebihan Air Zam-Zam
* Sebaik-baik air di muka bumi.
* Air minuman yang mengenyangkan.
* Penawar segala penyakit.
* Menjadi ubat mengikut niat.
8. Talbiah
Bertalbiah iaitu menyahut seruan Allah atau pengakuan atau pembuka kata dan pembuka tirai serta ikrar, iltizam, komitmen perjanjian dan berkata-kata atau berdialog dengan Allah.
Hadith-hadith Rasulullah:-
Hadith dari Zaid bin Khalid Al Jahni r.a telah datang Malaikat Jibril dan berkata: wahai Muhammad ajaklah sahabat-sahabat kamu untuk mengangkat suara mereka bertalbiah kerana talbiah itu adalah syiar atau lambang haji. Riwayat Ibni Majah.
Hadith dari Sahal bin Saad r.a. sabda rasulullah S.A.W. "bila setiap muslim bertalbiah maka akan bertalbiah bersama-samanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kirinya samada batu atau pokok-pokok sepanjang perjalanan dari sini dan sana. Riwayat Tarmizi dan Ibni Majah.
Hadith dari Saidina Abu Bakar As Sidiq r.a. Rasulullah S.A.W telah ditanya apakah amalan haji yang mulia. Baginda menjawab iaitu bertalbiah dengan suara yang nyaring dan menyembelih bintang korban. Riwayat Tarmizi, Ini Majah dan Abu Zarr
Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a. Sabda Rasulullah "setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiah hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya". Riwayat Ibni Majah
"Ya Allah, kurniakanlah rahmat Mu kepada kami agar kami terpilih menjadi salah seorang tetamu Mu di musim haji nanti.......... Amin"
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan... telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Tags: Ibadah Haji, Peristiwa |
ADAB DAN AMALAN SUNAT PADA HARI RAYA
| AdminPelambayan
Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar (riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan. (riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )
4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke tempat solat hari raya.
5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya. (Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’)
Lafaz Takbir Hari Raya
6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )
7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu. (Telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah)
Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amalan sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.
Tags: Aidilfitri, Renungan |
HARI RAYA AIDILFITRI 1431H
| AdminPelambayan
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)
Ikhas Dari
AdminPelambayan
Tags: Aidilfitri, Peristiwa |
10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
| AdminPelambayan
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.
“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.
“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [Ad-Dukhan : 3-6]
2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal 21,23,25,27,29 dan akhir malam bulan Ramadhan.
Imam Syafi’i berkata : “Menurut pemahamanku. wallahu ‘alam, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau : “Apakah kami mencarinya di malam ini?”, beliau menjawab : “Carilah di malam tersebut” [Sebagaimana dinukil Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/386]
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadits Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda.
“Artinya : Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” [Hadits Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, (dia berkata) : Rasulullah S.A.W bersabda.
“Artinya : Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/221 dan Muslim 1165]
Ini menafsirkan sabdanya.
“Artinya : Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir” [Lihat Maraji' tadi]
Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada kerana perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah SAW ke luar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda.
“Artinya : Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Lailatul Qadar, tapi ada dua orang berdebat hingga tidak bisa lagi diketahui kapannya; mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29. 27. 25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan dan lima)” [Hadits Riwayat Bukhari 4/232]
Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahawa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan, di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan dari pada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah, dengan ini sesuailah hadits-hadits tersebut tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisah.
Kesimpulannya
Jika seorang muslim mencari malam lailatul Qadar carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir : 21, 23,25,27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25,27 dan 29. Wallahu ‘alam
3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar.?
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh itu dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala-Nya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Barang siapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” [Hadits Riwayat Bukhari 4/217 dan Muslim 759]
Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah Radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata : “Aku bertanya, “Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?” Beliau menjawab, “Ucapkanlah: “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul afwa fa’fu’annii“
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku”
Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaati-Nya- engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan shalat) pada sepuluh malam terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk itu, perbanyaklah perbuatan ketaatan.
Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha.
“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencanngkan kainnya[3] menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/233 dan Muslim 1174]
Juga dari Aisyah, (dia berkata) :
“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” [Hadits Riwayat Muslim 1174]
4. Tanda-Tandanya
Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu degan ruh dari-Nya dan membantu dengan pertolongan-Nya- sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.
Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.
“Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” [4]
Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan”
Tags: Lailatul Qadar, Peristiwa, Ramadhan |
NUZUL AL-QURAN 1431H
| AdminPelambayan
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Ikhas Dari
AdminPelambayan

















