Aktiviti akan datang!

Kejohanan Ping Pong bagi Penduduk Kampong Pelambayan kali ke-4
seterusnya...

KERATAN AKHBAR PELITA BRUNEI (ONLINE)

| AdminPelambayan



Tags: , , |

KERATAN AKHBAR THE BRUNEI TIMES (ONLINE)

| AdminPelambayan



Dengan hormat merujuk pada akhbar tempatan The Brunei Times bertarikh Isnin, 28 Januari 2013, mukasurat A7 (National | News), adalah dimaklumkan bahawa alamat laman web yang di nyatakan di dalam akhbar berkenaan adalah salah. Alamat yang betul bagi melayari laman web Kampong Pelambayan ialah:

http://kg-pelambayan.blogspot.com

Sekian di maklumkan.

Tags: , , , |

PERASMIAN LAMAN SESAWANG (WEBSITE) KAMPONG PELAMBAYAN

| AdminPelambayan

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Roselan bin Haji Daud, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri yang telah berkesudian untuk merasmikan laman web ini dan kepada semua yang turut terlibat.

Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha kita. Insha Allah

Ikhlas daripada
Majlis Perundingan Kampong Pelambayan
 

Pengenalan

Laman web http://kg-pelambayan.blogspot.com telah dibuat pada tahun 2009 dan pengemaskiniannya telah terhenti semenjak tahun 2011 memandangkan kepada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, pengemaskinian laman web ini akan diteruskan semula pada tahun ini sebagai salah satu cara pemberigaan kepada orang ramai mengenai dengan aktiviti, acara atau yang berkaitan dengan Kampung ini. 

Perasmian laman web ini disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Roselan bin Haji Daud, Setiausaha Tetap, di Jabatan Perdana Menteri semasa aktiviti Walkaton Amal bagi mengutip Derma mangsa Gaza dan menambang Tabung Sosial dan Kebudayaan Majlis Perundingan Kampong Pelambayan pada hari Ahad, 15 Rabiulawal 1434 bersamaan dengan 29 Januari 2013.

Laman Utama
 
Gambar diatas menunjukkan Page Header yang turut memaparkan maklumat aktiviti, sambungan ke halaman galeri, MPKP (Majlis Perundingan Kampong Pelambayan, Kalendar Aktiviti, Produk Kampung dan maklumat perhubungan.

Maklumbalas

Turut disediakan di laman web ini pautan menuju ke halaman maklumbalas (feedback form) yang merupakan salah satu cara perhubungan dan bagi MPKP menerima maklumbalas daripada orang ramai.
Untuk makluman bersama, MPKP telah menerima beberapa maklumbalas sejak dari mula ianya dibuat. MPKP juga ada menerima pujian mengenai keindahan Negara Brunei Darussalam dari negara jiran.

Lain-lain

Bagi mengetahui kedudukan dan maklumat mengenai kampung ini, peta dan beberapa pautan berkaitan juga turut disediakan bagi kemudahan pencarian.

Tags: , , , |

MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

| AdminPelambayan

Selamat menyambut Maulud Nabi Muhammad S.A.W. khusus kepada penduduk Kampong Pelambayan.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”

[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]


Ikhas Dari
AdminPelambayan

Tags: |

SURAT PEMBERITAHUAN MPKP BIL: 02/2013

| AdminPelambayan

Kepada
Penduduk-Penduduk Kampong Pelambayan
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam

 WALKATON AMAL BAGI MENGUTIP DERMA MANGSA GAZA, MENAMBAH TABUNG SOSIAL DAN KEBUDAYAAN MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG PELAMBAYAN SERTA PERASMIAN LAMAN SESAWANG (WEBSITE) KAMPONG PELAMBAYAN

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perundingan Kampong Pelambayan akan mengadakan acara seperti yang tersebut diatas pada:

Tarikh:  Hari Ahad, 15 Safar 1434 / 27 Januari 2013
Jam:  6.30 pagi
Tempat:  Rumah Ketua Kampung

Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan dan menjayakan acara ini, sukacita menjemput penduduk-penduduk Kampong untuk hadir dan ikut serta pada tarikh dan waktu yang di tetapkan diatas. Untuk makluman acara pada pagi itu juga akan diselajurkan dengan perasmian laman sesawang (website) bagi Kampung ini.

Penduduk-Penduduk Kampung yang ingin menghulurkan sumbangan seangkat-angkat hati bolehlah menyerahkan kepada Ketua Kampung Pelambayan tidak lewat hari Khamis, 31 Januari 2013

Aturcara

6.30 pagi
Penduduk-penduduk Kampong dan Jemputan hadir

7.00 pagi - selesai
Kehadiran Tetamu Kehormat
Bacaan Surah Al-Fatihah
Acara Senam Aerobik
Acara Walkaton di mulai dari perkarangan rumah Ketua Kampong Pelambayan menuju ke Makam Sultan Sharif Ali dan berpatah balik menuju ke rumah Ketua Kampong Pelambayan
Perasmian Laman Sesawang (Website) Kampong Pelambayan
Bacaan Doa Selamat
Menikmati Jamuan
Majlis Bersurai
  
Sekian disampaikan untuk makluman dan semoga amal kebajikan yang kita lakukan akan mendapat pahala yang berlipat ganda daripadaNya jua. 

Ruj: (2)/MPKP/1:6 bertarikh 29 Safar 1434 / 17 Januari 2013

Tags: , |

ETIKA-ETIKA MENYAMBUT MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W.

| AdminPelambayan

Untuk menjaga agar Sambutan Maulud Nabi tidak lari dari ajaran agama yang benar, sebaiknya perlu diikuti etika-etika berikut:

1. Mengisi dengan bacaan-bacaan Selawat kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
 
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
[Al-Ahzab:56]

2. Berzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah.

Syekh Husnayn Makhluf berkata:

"Sambutan Maulid harus dilakukan dengan berzikir kepada Allah SWT, mensyukuri kenikmatan Allah SWT atas kelahiran Rasulullah SAW, dan dilakukan dengan cara yang sopan, khusyu' serta jauh dari hal-hal yang diharamkan dan bid'ah yang munkar".
[Fatwa Syar'iyyah - Juz 1, Ms 131]

3. Membaca sejarah Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kebaikan-kebaikan dan keutamaan-keutamaan beliau.

4. Memberi sedekah kepada yang memerlukan atau fakir miskin.

5. Meningkatkan Silaturrahim.

6. Menunjukkan rasa gembira dan bahagia dengan merasakan serta membayangkan kehadiran Rasulullah S.A.W. di tengah-tengah kita.

7. Mengadakan ceramah atau majlis ilmu yang berisi anjuran untuk kebaikan, mencontohi dan meneladani sifat-sifat Rasulullah S.A.W.

Tags: |

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2013

| AdminPelambayan


Selamat menyambut tahun baru masehi 2013 khususnya kepada penduduk Kampong Pelambayan.

Ikhas Dari

AdminPelambayan


Tags: |